Tuesday 3 March 2015

KELAS KBAT MATH PERCUMA




KELAS KBAT MATEMATIK (PERCUMA)
PADACUTI RAYA CINA.

Pada cuti raya cina lepas, Cikgu Norzihan menawarkan kelas Kbat matematik kepada pelajar darjah 5 dan 6 secara percuma. Mempelajari teknik menjawab soalan kbat yang sangat mencabar minda. Setiap pelajar diberi peluang menjawab di hadapan kelas dengan bantuan. Mereka turut diberi ganjaran setelah berjaya menjawab soalan menguji minda. Hampir majoriti berjaya menjawab soalan sebelum kelas habis. In sya Allah pelbagai kelas akan dijalankan dari masa ke masa. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.

PERKHIDMATAN KAMI

Assalammualaikum...

Kami menyediakan perkhidmatan tuisyen semua subjek. Kami menawarkan kelas di pusat tuisyen dan juga home tuition di tempat anda.

Guru-guru kami berpengalaman dan dapat berikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. 
Pelbagai subjek yang di tawarkan terutamanya math, add math, sains, bm, bi, sejarah, fizik.
Kami menekankan pembelajaran berkumpulan kecil yang fokus kepada setiap individu. Ramai pelajar telah mendapat keputusan yang cemerlang. Pembelajaran dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan. 

Kami juga menerapkan kecintaan kepada agama dengan melaksanakan solat jemaah setiap magrib dan isyak. Serta menyediakan ustaz yang akan mengajar mengaji kepada pelajar dan ibubapa. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kelas mengaji ini. Malah turut mengadakan amali solat kepada para pelajar. 

Bagi kami, kami tidak hanya mengejar kejayaan di dunia, tapi lebih utamakan akhirat kerana itu adalah kejayaan yang sebenar. Semoga anak-anak kita akan menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat dan membahagiakan kedua ibubapa. 

Hubungi Cikgu Norzihan 013-492 8644 untuk keterangan lanjut
(Call,sms,whatapps)

 
Antara testimonial daripada bekas pelajar PUSAT TUISYEN FOKUS PINTAR.  Kami menyediakan yang terbaik untuk anak anda.  Belajar dalam  suasana yang menyeronokkan dan ceria akan memudahkan pembelajaran mereka. Apa tunggu lagi, yang belum mendaftar boleh hubungi segera sebelum terlambat......














Monday 16 February 2015

Kelas Amali Solat 
Bertujuan untuk menerapkan rasa cinta pelajar pelajar dengan agama, untuk mendidik pelajar pelajar agar Apa itu kepentingan Solat? Apa itu rukun rukun Solat ? Kami warga Fokus Pintar bersedia membantu pelajar-pelajar dan juga anak- anak tuan - tuan, dan puan-puan agar berjaya dunia dan juga berjaya di akhirat yang kekal , InsyaAllah.. Ameen !
Hubungi Cikgu Norzihan 013-4928644 

Kelas Amali Solat 
Kami mengajar anak anak tuan-tuan dan puan-puan agar solat dengan cara yang betul, dan menghafaz surah-surah pilihan untuk solat solat harian mereka, ini bertujuan untuk mendekat diri pelajar dengan Penciptanya agar pelajar-pelajar akan berjaya didunia dan akhirat. 
InsyaAllah !
Hubungi Cikgu Norzihan 013-4928644 

Wednesday 11 February 2015


Surau yang selesa bertujuan untuk Kelas Mengaji dan Solat berjemaah setelah masuk waktu solat.
Selain mendidik dengan ilmu pelajaran, kami juga memberikan ilmu tentang keagamaan agar pelajar pelajar kami, dan anak-anak tuan/puan sentiasa alert pada waktu solat dan pentingnya mengaji dalam kehidupan seharian. InsyaAllah dapat melahirkan pelajar pelajar semua untuk berjaya dunia dan juga akhirat.
Hubungi Cikgu Norzihan 013-492 8644